Khamis, 30/8/2012. Hari Sabtu sebelum tu, turun dari cameron,CHE MAN singgah gerai jual petai kat tepi highway. "nak beli petai" katanya. Ermmm... itu memang favorite aku.Tapinya......sebelah tangan bawak petai dan sebelah lagi...? "kenapa beli pucuk rebung? Ayang tau kan Intan tak makan benda tu, bau pun boleh buat Intan pening?" Dia dgn muka selambanya, hanya tersengih dan menjawab "teringin nak makan". Seumur hidupku memang tak pernah masak/makan/sentuh pucuk rebung ni. Sebabnya, sejak masa zaman kecik-kecik dulu aku akan pening-penning lalat bila terbau benda tu. Sampaikan bila pegi makan nasi campur, aku tidak akan makan di gerai yang ada jual benda ni. CHE MAN pun bukan tak tau pasal ni, tapi saja kan?....
Sudahnya berhari-hari jugalah benda tu check-in kat peti ais aku. Sepanjang dia menginap di situ jugalah aku menimbang-nimbang beberapa usul sendirian: 1. tak payah masak benda tu (habis tu, tak kan nak perap kat dlm peti ais tu sampai jadi buluh?) 2. bagi tong sampah makan (ishh.. tak sampai hati pulak dekat CHE MAN, nanti dia kecik ati) 3. bagi makcik jiran belakang rumah (biar dia masak pastu mintak dia hantar barang semangkuk utk bagi kat CHE MAN, he he he... cam bagus je idea ni. Idea bernas ni datang masa aku ternampak makcik tu tengah siram pokok bunga kat belakang rumah dia) 4. aku masak sendiri benda tu (tapi aku tak tau nak masaknya macamana).
Setelah mengira-ngira campur tolak bahagi darab, maka, dengan penuh keikhlasan aku memilih option no. 4. Hari Rabu tu, aku buat PJJ dgn kak hasni di Johor dan Aziah di Semenyih. Dapatlah beberapa petua berguna yg akan aku ingat selamanya, InsyaAllah. Maka pada hari Khamis yang bertuah itu, dengan lafaz Bismillah dan selawat, aku mencatatkan sejarah sendiri memasak gulai lemak pucuk rebung buat pertama kalinya (itupun ku suruh bibik yang siang dan basuh rebung tu bersih-bersih, sebab tak tahan bau nya, aku cuma masak je). Teruja sangat. Pagi-pagi dah remind CHE MAN supaya balik lunch sebab aku masak tu HANYA kerana dia. sayang suami la katakan.... Aku duduk depan CHE MAN mengadap dia makan. Senyumku terlukis from ear to ear tengok dia makan tak toleh kiri kanan. 'sedap bang?`. 'Sedaap', jawab dia macam biasa. Rasanya tak delah sedap mana gulai tu masa aku rasa tadi (pertama kali merasa), tapi dengan kesungguhan aku agaknya buat dia pun macam excited, siap ratah lagi tu...
Lepas dia habis makan dan balik ke office aku fetch Kimkim balik sekolah terus aku drive ke Kepong, ambil si kaklong pulak, walaupun kepala aku dah mula mengada buat-buat rasa pening-pening lalat. Tapi bila mewngenangkan balik macamana berseleranya suami aku makan tadi, terbang semua lalat-lalat yang pening tu. Tersenyum-senyum aku syok sendiri hinggalah aku perasan driver kereta sebelah aku kat traffic light ni dok pandang aku semacam. 'sah, perempuan ni kepala dia dah weng!' agaknya itu yang dia cakap dal am hati.
No comments:
Post a Comment