Wednesday, 19 December 2012

Rumah Utk Shooting

Ni tgh bersemangat waja nak menulis di blog ni. Rasa cam byk sgt idea sampai melimpah ruah.

Bila guna gantinama diri "aku" masa menulis ni, rasa cam kasar pulak, sebab tak besa pulak beraku-aku ni. He he he...poyo je....

Semalam, masa tgh temankan Che Man lunch kat rumah. Tiba-tiba terdngar ada suara lelaki beri salam.

"Assalamualaikum. Saya XXXX (tak ingat namanya) dari TV3. Nak tanya, bolehtak kalau rumah ni kami nak buat shooting utk drama TV?"

Ohh..nak mint a permission utk guna rumah kami utk buatbshooting drama. Che Man tak minat, aku apatah lagi. rimas la nanti asyik nak bertudung je dlm rumah bila ada crew keluar masuk. tak nak, tak nak. tapikan.... kalau dia offer aku berlakon sekali, nak-nak jadi watak wanita yg baik, cantik, anggun dan ayu gitu, mungkin aku akan pertimbangkan balik. Ha ha ha.... berangan je, perasan...

My New Oven & My Husband

Sebelum ni dah beberapa kali mintak Che Man belikan oven, tapi, macam biasa la, takkan nak nya dia pg cari benda tu kat mana2 kedai. Sudahnya, dua minggu lepas aku beli sendiri, yg besar, rega dekat setengah riban, puas hati aku. Ni aku nak cerita rentetan dari peristiwa beli oven baru tu.

Semangat nak masak guna oven tu berkobar2, kununnya nak masak yg healthy-melty, no oil, no carbon. Ha ha ha..bersemangat tu..

Cubaan pertama, buat kek pisang. Menjadi, Che Man kata sedap, (cara puji tu seperti biasa la ya, aku kena tanya dulu sedap ke tak, baru dia jawab sambil sengih, tak bersungguh langsung). Nak dengar dia memuji dgn sukarela? dalam mimpi pun belum tentu dapat.

Cubaan kedua. Hari minggu nan permai, sekembali dr pasar, aku pun bercita-cite nak bakar ayam. Maka jenuh la melawat blog-blog yg berkenaan di internet. Sudahnya singgahlah di satu blog ni. Tgh sibuk bakar ayam tu, masuk la Che Man ke dapur, dan tanpa diminta, terus bagi komen ala-ala chef wan yg lazer itu. Ada ke dia suruh bakar ayam letak straight on the rack instead of dalam dulang. Reason, tak nak ayam tu bertakung dgn minyaknya yg keluar masa dibakar. Bila aku kata nanti bahan perapan ayam tu jatuh dan cara tu tak sesuai bla bla bla, dia tak puas hati, not healthy la, defeat the purpose of healthy cooking la, suppossed to do like this la, not like that la, bla bla bla, dan mengomen as if he has been cooking for the rest of his life. Bila ayat terakhirnya yg tersangat la lazer keluar (tak yah citer la ayat apa, nak nangis rasanya bila ingat, mmg dah nangis pun), aku kecik hati sgt. Terus merajuk. Dia ego tak boleh ditentang, aku pulak cengeng asyik nak merajuk. Sudahnya, aku makan dgn anak2 saja dan goreng telur je utk dia kot2 dia lapar nak makan nanti. Tapi kalau mmg dah jenis ego tu tinggi sgt, tak tercapai dek tgn den, mmg dia tak makan langsung. Aku pun tak heran sbb dia baru je lepas bantai meehun goreng baki breakfast pg td.

Aku terus mogok. Tak bercakap dgn dia. Dia pun tunjuk ek, tak cakap juga dgn aku. Aku ni sedih, sbb dia lazerkan aku kaw-kaw masa tu, dia pulak buat muka-tanpa-dosa macam la aku yg bersalah (ye ke aku tak bersalah ni?). 1st day, tak cakap langsung. 2nd day, dia buat2 ngantuk terus tidur depan tv. Aku buat tak tau je, tak nak kejutkan masuk bilik. 3rd day, masih tak berkomunikasi, tapi dia tidur dlm bilik, but on the exercise couch: kerusi urut kaki yg ada dlm bilik tu. 4th day, no improvement. Hmm.. blh tahan eksyen dia ni. Selalu tu kalau aku merajuk atau ber`cold shoulder' dgn dia, dlm 2-3 hari dia dah tunjuk aksi2 poyo nak pujuk. Tapi kali ni, tak nampak bayang pun. Nampaknya, kalau tak nak perang dingin ni berterusan, dan juga sbb malu dgn bibik dan anak2 yg dah perasan rasanya, maka akulah yg kena mengalah. Haiih...mengalah lagi. Tak apa, mengalah bukan kerana salah, sebaliknya tak salah mengalah demi kerukunan rumnahtangga sendiri. Tak akan rugi. Setuju? Sudahnya, dgn penuh keikhlasan, aku memohon maaf, walaupun bukan salah aku sebenarnya. Dan, yeah..I'm right again. Che Man akan lembut hati bila aku minta maaf. Ok la, itu baru cubaan ke-2.

Cubaan ke-3: Kek oren dari satu blog ni. Excited aku buat dgn kak long. Jadi la kek tu, tapi rasanya agak kureng sikit, tak de la kebaboom sgt rasanya. Malam tu lepas dinner, cam biasa aku hidang teh kat Che Man, bersama kek oren ku td. Aku inform dia awal2 yg kek ni rasanya kureng sikit. Tapi yg tak tahan tu bila dia jamah je, terus dgn muka-tanpa-rasa-berdosa-nya dia kutuk direct kat aku kata "emh..tak sedap la kek ni'. Terus diletak ke tepi. Aku yg duduk di sblh ni? Apa agaknya perasaan saya wahai tuan2 dan puan2? Rasa nak bungkus balik oven tu, campak kat tempat sampah dpn rumah, biar lori hijau dtg ambik. Rasa dah give-up. Huh.. merajuk lagi, menangis lg, dia tunjuk ek lg. Haih, baru elok 2 hari, perang dingin lagi. adalah dlm dua hari kami bersejuk bahu. Dan macam biasa, aku juga yg akan mengalah. Ku tolak egoku yg tak setinggi mana berbanding egonya, ku buang rajuk ke dlm toilet bowl, flushed dan, tadaaa... I'm sorry again. Dan again, hatinya masih lembut dgnku. Saat dia melafazkan kata sayang dan cinta utk yg kesekian kalinya, aku bersyukur, kerana rasa cinta itu masih kekal teguh. Tak dapat kubayangkan andai satu masa nanti, salah seorang dari kami akan penat dan bosan melayan kerenah msg2 seterusnya melenyapkan rasa kasih dan sayang ini, nauzubillah..

Dan aku tak serik lagi utk mencuba. Bila dah berjaya buat muffin durian, semangat makin berkobar2. Biarlah apa kata/komen Che Man lepas ni, aku tak akan kesah (ye ke tak akan?) sbb aku makin kenal dirinya: cakap tak berlapis meaning: kata2nya dtg terus dr hati, tak de belok2, tak de kias2, ego, tak akan mengaku salah, tak akan mengalah etc etc. But the most important thing is, he loves me and i love him. It is more than enough.Aku pun satu, lembik, tak boleh ditegur (boleh sebenarnya, tapi cubalah tuan2 dan puan2 alami sendiri teguran dari Che Man saya, hmmm...mau berasap telinga), cengeng dan itu saja lah, he he he... Aku akan terus masak dan masak dan masak lagi dgn oven kesayanganku ni. semoga hobi (boleh ke dipanggil hobi?) baru ni akan sentiasa hangat, bukan sekadar hangat-hangat taik ayam.

**Teringat ucapan keramat Che Man pada satu sessi memujuk (kalau ye boleh dikategorikan sbgai aksi memujuk la): Katanya: "I don't care if you are angry or got mad at me, I don't care if you got sulk, I don't care if you hate me, I don't care. What I care is I DO LOVE YOU, love you so much". And yes, he said it in English! Dan kata2 itulah yg aku pegang sampai sekarang. I still can hear his words and feel his love around me,whenever I think of him, even though he is away, I always feel him beside me, because I love him too, as much as he loves me. Jiwang karat....

Wednesday, 5 September 2012

Gulai Pucuk Rebung Untuk Yang Tersayang

Khamis, 30/8/2012. Hari Sabtu sebelum tu, turun dari cameron,CHE MAN singgah gerai jual petai kat tepi highway. "nak beli petai" katanya. Ermmm... itu memang favorite aku.Tapinya......sebelah tangan bawak petai dan sebelah lagi...? "kenapa beli pucuk rebung? Ayang tau kan Intan tak makan benda tu, bau pun boleh buat Intan pening?" Dia dgn muka selambanya, hanya tersengih dan menjawab "teringin nak makan". Seumur hidupku memang tak pernah masak/makan/sentuh pucuk rebung ni. Sebabnya, sejak masa zaman kecik-kecik dulu aku akan pening-penning lalat bila terbau benda tu. Sampaikan bila pegi makan nasi campur, aku tidak akan makan di gerai yang ada jual benda ni. CHE MAN pun bukan tak tau pasal ni, tapi saja kan?....

Sudahnya berhari-hari jugalah benda tu check-in kat peti ais aku. Sepanjang dia menginap di situ jugalah aku menimbang-nimbang beberapa usul sendirian: 1. tak payah masak benda tu (habis tu, tak kan nak perap kat dlm peti ais tu sampai jadi buluh?) 2. bagi tong sampah makan (ishh.. tak sampai hati pulak dekat CHE MAN, nanti dia kecik ati) 3. bagi makcik jiran belakang rumah (biar dia masak pastu mintak dia hantar barang semangkuk utk bagi kat CHE MAN, he he he... cam bagus je idea ni. Idea bernas ni datang masa aku ternampak makcik tu tengah siram pokok bunga kat belakang rumah dia) 4. aku masak sendiri benda tu (tapi aku tak tau nak masaknya macamana).

Setelah mengira-ngira campur tolak bahagi darab, maka, dengan penuh keikhlasan aku memilih option no. 4. Hari Rabu tu, aku buat PJJ dgn kak hasni di Johor dan Aziah di Semenyih. Dapatlah beberapa petua berguna yg akan aku ingat selamanya, InsyaAllah. Maka pada hari Khamis yang bertuah itu, dengan lafaz Bismillah dan selawat, aku mencatatkan sejarah sendiri memasak gulai lemak pucuk rebung buat pertama kalinya (itupun ku suruh bibik yang siang dan basuh rebung tu bersih-bersih, sebab tak tahan bau nya, aku cuma masak je). Teruja sangat. Pagi-pagi dah remind CHE MAN supaya balik lunch sebab aku masak tu HANYA kerana dia. sayang suami la katakan.... Aku duduk depan CHE MAN mengadap dia makan. Senyumku terlukis from ear to ear tengok dia makan tak toleh kiri kanan. 'sedap bang?`. 'Sedaap', jawab dia macam biasa. Rasanya tak delah sedap mana gulai tu masa aku rasa tadi (pertama kali merasa), tapi dengan kesungguhan aku agaknya buat dia pun macam excited, siap ratah lagi tu...

Lepas dia habis makan dan balik ke office aku fetch Kimkim balik sekolah terus aku drive ke Kepong, ambil si kaklong pulak, walaupun kepala aku dah mula mengada buat-buat rasa pening-pening lalat. Tapi bila mewngenangkan balik macamana berseleranya suami aku makan tadi, terbang semua lalat-lalat yang pening tu. Tersenyum-senyum aku syok sendiri hinggalah aku perasan driver kereta sebelah aku kat traffic light ni dok pandang aku semacam. 'sah, perempuan ni kepala dia dah weng!' agaknya itu yang dia cakap dal am hati.

Friday, 8 June 2012

Sessi menyapu sawang..

haish, dah berkurun tak bukak blog ni. tengok tu, dah bersawang sana sini. inilah jadinya bila ada penyakit `syndrome kurang kerajinan` dalam diri.

tiba-tiba je terbuka pintu hati untuk melawat blog-ku-tercinta ini. tersengih-sengih bila baca semula entry2 lama. rasa cam kelakar la pulak...

apa nak tulis ni...?

Monday, 5 September 2011

tipah tertipu lagi....

Sabtu malam ari tu aku telefon hp bapak bibik, nak tanya dia balik esoknya macamana. ada ke bapak dia cakap "dibawa suaminya". mak ai, kalau nak menipu pun, agak-agak la pak. takkan balik 2 minggu, dlm bulan posa lak tu gi kawen. pas tu bila aku tanya, dia ni nak balik ke tak? kalau tak aku tak tunggu kat airport. Bapaknya kata "kayaknya enggak".

Ceh... dasar bangsa penipu, menyusahkan orang. tak kenang budi. sememangnya orang-orang macam ni, tak patut dilayan baik, layan la dgn selayaknya (jgn sampai mendera atau menganiaya, sudah).

Mula dari semalam i'm by my own. sume buat sendiri. adalah mintak tolong ana sama lilik sikit2. panggil eon datang esok utk tlg tengok2kan usna bila aku gi ambik kak chik ngan mirul. sabtu ni mintak Che Man ambik mak baru dr kg utk gantikan eon yg nak balik melaka. nanti bulan october, ean cuti sebulan, bolehla mak balik sekejap, pas tu datang balik sampai cuti sekolah hujung tahun.

tak sangka sungguh, bibik tu sanggup buat macam ni. apa yg dia dapat? depan kita kemain lagi, solat tak tinggal. menipu jugak. dah la permit baru renew, burn mmcm tu je. Dah tak de rezeki....

apa-apa pun, semoga Allah subhanawataala memberi balasan yang setimpal dgn perbuatannya. malas nak pikir lagi. lepas ni aku tak nak lagi ambik maid,  buat sakit kepala. nasib baik aku tak kerja, kalau tak, mana nak diletakkan anak-anak tu? cukup lah, tipah tak mau tertipu lagi....

Friday, 29 July 2011

Duduk asrama

Weekend lepas si kak long dah balik. Jadinya, minggu ni tak balik la dia. Kalau dia tak balik, aku la yang kena datang sana, bawak segala macam order untuk seminggu dia kat sana.

Ingat nak pergi esok je la. Tak payah la bawak banyak sangat ration, sebab lusa dah nak puasa. Semalam petang dia call, tanya bila aku nak datang. Siap tanya aku nak bawak apa (makanan la tu). (Ada satu hari tu, Jumaat dia call tanya aku nak bawak apa hari Ahadnya nanti. Aku cakap tak tau lagi, pas tu aku tanya kenapa? Dia kata dia lapar. Laa, Ahad punya lapar dah boleh rasa hari Jumaat tu?)

Semalam aku ada cakap ngan room-mate aku, "tahun ni puasa kak long tak ada. Tak seronok nak buka puasa nanti, sebab selalunya dia yang siapkan meja, buat air. Yang, kalau kita buka puasa kat sana nak tak?"  Room-mate aku kata " ishh, awak tu yang ngengada lebih-lebih, budak tu tak de apa pun".

Thursday, 28 July 2011

Pasal cekelat

Selasa ari tu room-mate aku balik dari Oman. Macam selalu, bila balik dari over-the-sea je, dia mesti sauk beberapa jenis cekelat dari airport buat buah tangan. aku punya la harap dia bawak buah tangan dari Oman sana tu....

Si bebudak besar kecik ni kemain lagi seronok tengok cekelat tu. Aku tengok jeling-jeling sisi je. Aku nak marah jugak kat dia, sebab rasanya aku pernah warning dia jangan bawak balik banyak-banyak cekelat selalu sangat, sebabnya room-mate aku ni kalau membeli memang tak pernah nya kedekut.

Tu ha, segantang Kisses ngan Hersheys macam-macam kaler, Toblerone, Kit Kat ngan apa-ntah-lagi jenis cekelat dah check-in dalam peti ais aku ni. Yang geram nye, seperti yang sudah-sudah, tak ada la pulak yang nak makan pun. Aku ni dah la tengah dalam sessi mencantikkan tubuh aka jaga makan. Bila time petang je, mula la perut tu berbisik-bisik manja minta ditop-up. Bila buka peti ais je, mata terus tuju pada balang yg isinya werana-werani ni. Mak ai! Tak boleh tahan. Ambik seketul dua je la (seketul dua bagi setiap jenis, wa ha ha ha!)

Hurmm. Untuk kesekian kalinya, gagal lagi usahaku untuk menyarung maxi saiz M yang kubeli entah-berapa bulan lepas. Malam ni memang kena remind lagi sekali room-mate aku ni. Kalau nak beli cekelat tu, beli sepeket je, tu pun peket yang paling kecik. Pas tu make sure beli jenis yang dark chocolate je, sebab pahit, aku tak gemor.

Sebelum tu, aku kena buang dulu wrappers yang berlonggok berwarna warni ni dulu. Ekk? Semua ni aku makan sorang je ke??