Weekend lepas si kak long dah balik. Jadinya, minggu ni tak balik la dia. Kalau dia tak balik, aku la yang kena datang sana, bawak segala macam order untuk seminggu dia kat sana.
Ingat nak pergi esok je la. Tak payah la bawak banyak sangat ration, sebab lusa dah nak puasa. Semalam petang dia call, tanya bila aku nak datang. Siap tanya aku nak bawak apa (makanan la tu). (Ada satu hari tu, Jumaat dia call tanya aku nak bawak apa hari Ahadnya nanti. Aku cakap tak tau lagi, pas tu aku tanya kenapa? Dia kata dia lapar. Laa, Ahad punya lapar dah boleh rasa hari Jumaat tu?)
Semalam aku ada cakap ngan room-mate aku, "tahun ni puasa kak long tak ada. Tak seronok nak buka puasa nanti, sebab selalunya dia yang siapkan meja, buat air. Yang, kalau kita buka puasa kat sana nak tak?" Room-mate aku kata " ishh, awak tu yang ngengada lebih-lebih, budak tu tak de apa pun".
Friday, 29 July 2011
Thursday, 28 July 2011
Pasal cekelat
Selasa ari tu room-mate aku balik dari Oman. Macam selalu, bila balik dari over-the-sea je, dia mesti sauk beberapa jenis cekelat dari airport buat buah tangan. aku punya la harap dia bawak buah tangan dari Oman sana tu....
Si bebudak besar kecik ni kemain lagi seronok tengok cekelat tu. Aku tengok jeling-jeling sisi je. Aku nak marah jugak kat dia, sebab rasanya aku pernah warning dia jangan bawak balik banyak-banyak cekelat selalu sangat, sebabnya room-mate aku ni kalau membeli memang tak pernah nya kedekut.
Tu ha, segantang Kisses ngan Hersheys macam-macam kaler, Toblerone, Kit Kat ngan apa-ntah-lagi jenis cekelat dah check-in dalam peti ais aku ni. Yang geram nye, seperti yang sudah-sudah, tak ada la pulak yang nak makan pun. Aku ni dah la tengah dalam sessi mencantikkan tubuh aka jaga makan. Bila time petang je, mula la perut tu berbisik-bisik manja minta ditop-up. Bila buka peti ais je, mata terus tuju pada balang yg isinya werana-werani ni. Mak ai! Tak boleh tahan. Ambik seketul dua je la (seketul dua bagi setiap jenis, wa ha ha ha!)
Hurmm. Untuk kesekian kalinya, gagal lagi usahaku untuk menyarung maxi saiz M yang kubeli entah-berapa bulan lepas. Malam ni memang kena remind lagi sekali room-mate aku ni. Kalau nak beli cekelat tu, beli sepeket je, tu pun peket yang paling kecik. Pas tu make sure beli jenis yang dark chocolate je, sebab pahit, aku tak gemor.
Sebelum tu, aku kena buang dulu wrappers yang berlonggok berwarna warni ni dulu. Ekk? Semua ni aku makan sorang je ke??

Subscribe to:
Posts (Atom)